Asam Laksa Pulau Pinang Duduki Tangga Ke-7 Hidangan Terbaik Dunia

Siapa tidak kenal dengan negeri Pulau Pinang yang terkenal dengan pelbagai makanan terutamanya nasi kandar dan juga pasembur. Hari ini kita nak cakap bukan pasal makanan tersebut, tapi berkenaan dengan asam laksa.

BACA: Resepi Kek Coklat Gebu Tak Sampai RM10 Ini Catat Hampir 40,000 Perkongsian

Menerusi laman web CNN, mereka menyenaraikan asam laksa di tempat ke-7 daripada 50 senarai lain sebagai hidangan terbaik di dunia. Kalah nasi kandar dan hidangan lain nampaknya.

Menurut kenyataan di portal tersebut, asam laksa digambarkan sebagai satu hidangan mee berkuah ikan yang mempunyai rasa pedas-masam dan “mampu membuatkan hidung berair sebelum sudu menyentuh bibir anda”. Pedas sangatkah anda rasa asam laksa ini?

Berikut merupakan Top 10 hidangan terbaik dunia menurut CNN:

1. Thailand – Kari Massaman
2. Italy – Pizza Neapolitan
3. Mexico – Chocolate
4. Japan – Sushi
5. China – Itik Peking
6. Jerman – Hamburger
7. Malaysia – Asam Laksa Pulau Pinang
8. Thailand – Tom Yam Goong
9. Serata dunia, global – Ais Krim
10. Gabon – Ayam Muamba

Jika asam laksa berada di tangga ketujuh dunia, awak pula berada di tangga pertama hati saya. Eh.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.