Ashton Kutcher & Mila Kunis Akui Jarang Mandi, Hanya Cuci Bahagian ‘Itu’ Saja

0
6009

Sebut sahaja selebriti Hollywood, pasti ramai menyangka kehidupan mereka gah dan teratur. Namun siapa sangka pasangan selebriti terkenal Ashton Kutcher dan Mila Kunis mengaku mereka jarang mandi.

Lebih mengejutkan, mereka hanya membersihkan bahagian alat sulit mereka sahaja setiap hari. Tak rasa melekit ke badan tak mandi?

Menerusi satu pendedahan program podcast Armchair Expert baru-baru ini, Kunis berkata dia dan suaminya juga jarang menyuruh kedua anak mereka Wyatt, 6 dan Dimitri, 4, untuk mandi.

“Saya membesar tanpa alat pemanas air di rumah, maka saya memang jarang mandi. Saya juga bukan seorang ibu yang akan memandikan anak-anak,” kata Kunis.

Mandatory Credit: Photo by Tibor Illyes/EPA/Shutterstock (8962784dl)
Mila Kunis and Ashton Kutcher
FINA Swimming World Championships 2017, Budapest, Hungary – 17 Jul 2017
US actress Mila Kunis (L) and her husband US actor Ashton Kutcher with their children during the women’s 3m synchro springboard final of the 17th FINA Swimming World Championships at Duna Arena in Budapest, Hungary, 17 July 2017.

Kata Kunis lagi, dia hanya akan mencuci muka sebanyak dua kali sehari. Dalam pada itu, Kutcher berkata mereka mereka hanya membersihkan bahagian yang terkena kotoran jika perlu sahaja.

“Kalau nampak ada kotoran pada anak-anak, kami akan bersihkan. Mereka tidak perlu mandi,” katanya.

Kutcher berkata lagi, meskipun selepas melakukan senaman atau aktiviti kecergasan, dia tidak akan mandi dan hanya membasuh muka sahaja.

“Saya hanya akan membersihkan bahagian ketiak dan celah kangkang saja, tempat lain tak perlu. Walaupun selepas bersenam, saya hanya akan basuh muka untuk buang sisa peluh,” katanya.

SUMBER: Kosmo!