ATM Nafi Tentera Terpaksa Pakai ‘Helmet’ Elak Air Kencing Warga Asing

Sejak semalam tular laporan berita mengatakan pihak tentera perlu memakai helmet atau topi keledar ketika melakukan operasi PKPD bagi mengelak dilempar barang dari tingkat atas di beberapa kawasan terlibat dalam negara sebelum ini.

Difahamkan, ia berikutan warga asing yang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lokasi kediaman Kuala Lumpur didakwa menunjukkan protes dengan melempar barangan dari tingkat atas termasuk bungkusan plastik berisi air kencing.

Bagaimanapun, memetik laporan BH Online, pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan dakwaan bahawa anggota tentera perlu memakai topi keledar untuk mengelak air kencing warga asing.

Malah, melalui kenyataan yang dikeluarkan Panglima ATM, Jen Tan Sri Affendi Buang berkata pihaknya tidak pernah mengeluarkan arahan untuk anggotanya berbuat demikian.

“Tidak ada perkara sedemikian (anggota tentera memakai helmet (topi keledar) elak air kencing warga asing ketika bertugas).

“Pihak ATM hanya memakai helmet untuk tempat yang diisytiharkan sebagai kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) manakala di tempat lain adalah seperti biasa,” katanya

Leave a Reply