Baca Bismillah Sebelum Makan Babi, Influencer Ini Buat Hati Netizen Berapi

Baru-baru ini tular video di media sosial memaparkan seorang pempengaruh media sosial dari Indonesia mengundang kecaman ramai.

Menerusi video dikongsikan itu, apa yang menimbulkan kemarahan ramai apabila influencer berkenaan memakan daging babi sambil menyebut ‘bismillah’.

Difahamkan, wanita itu yang merupakan seorang Muslim mahu mencuba hidangan berupa kulit babi goreng bersama nasi putih.

https://www.tiktok.com/@lilumukerji/video/7208430815791926555?

“Bismillah, eh, lupa. Kawan-kawan, hari ni macam dibuang dari keluarga sebab saya sangat ingin tahu apa yang dipanggil kriuk (kulit) babi.

“Jadi hari ini saya langgar Rukun Iman, hahaha, saya pasti kad keluarga saya akan ditarik balik,” katanya.

Menurut wanita bernama Lina Mukherjee itu dia mengakui seram sejuk ketika mencuba makanan tersebut meskipun bukan kali pertama menjamah daging babi.

Katanya, dia sebelum ini pernah termakan daging babi ketika berada di Sri Lanka kerana tidak mengetahui ‘Pork’ adalah nama Inggeris untuk babi.

Susulan tindakannya itu, Polis Wilayah Sumatera Selatan (Sumsel) telah menerima laporan daripada dua orang peguam kerana wanita tersebut telah melakukan penghinaan terhadap Islam.