Bantuan Tunai Secara One-Off RM1,600 Untuk Isi Rumah Bawah RM4,000

0
35341

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi mengumumkan kerajaan akan memberikan bantuan kepada seluruh isi rumah dan individu bujang secara one-off menerusi Bantuan Prihatin Nasional dalam Pakej Ransangan Ekonomi negara.

Buat pertama kalinya bantuan akan turut disalurkan bukan sahaja kepada kumpulan B40 tetapi meliputi kumpulan M40.

Mereka ini termasuk pekerja swasta, peneroka Felda, petani, nelayan, peniaga kecil dan semua yang tergolong dalam kumpulan M40 dan ke bawah.

Pertama, bantuan sebanyak RM1,600 akan diberikan kepada hampir 4 juta isi rumah berpendapatan RM4,000 ke bawah. Bayaran pertamaakan dibayar pada April 2020, manakala baki RM600 akan dibayar pada bulan Mei.

Kedua, bantuan sebanyak RM1,000 akan diberikan kepada hampir 1.1 juta rumah berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 sebulan.

Ketiga, bantuan tunai secara one-off sebanyak RM800 kepada3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan kebawah

Keempat, Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM500 kepada individu bujang berusia 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,001 hingga RM4,000 sebulan.