Beli iPhone Sampai RM6,000 Tapi Yang Sampai Air Kotak Apple

Hasrat seorang wanita untuk memiliki telefon pintar jenama Apple kesampaian apabila bukan telefon yang sampai ke rumahnya tetapi air kotak Apple.

Wanita tersebut terkejut dan berang apabila menerima bungkusan berisi air kotak epal dan bukan iPhone 12 Pro Max yang dibelinya secara online.

Menurut wanita yang dikenali sebagai Liu itu, dia membelanjakan wang sebanyak 10,099 yuan (RM6,100) untuk membeli iPhone tersebut di laman web Apple pada 16 Januari lalu.

Beberapa hari kemudian dia menerima sebuah bungkusan namun terkejut ianya berisi air kotak Apple.

Bagaimanapun, difahamkan ia bukan salah pihak Apple tetapi melibatkan kecurian yang berlaku semasa penghantaran bungkusan itu.

“Penghantar barang memberitahu dia meninggalkan bungkusan itu di dalam peti simpanan di kawasan perumahan saya dan saya tidak membuat aduan,” katanya.

Susulan itu, wanita berkenaan membuat laporan polis berhubung kejadian itu. Malah, pihak Apple dan syarikat penghantaran tersebut juga akan melakukan siasatan.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.

SUMBER: Global Times