Sejak malam tadi kecoh di media sosial apabila rata-rata netizen terkejut wang simpanan mereka di akaun CIMB Bank didapati ditolak tanpa mereka sedar dalam tempoh beberapa hari ini.
Menerusi foto tular dikongsikan oleh netizen, kebayakan transaksi tersebut disenaraikan sebagai direct debit dan jumlah potongan ada yang mencecah sehingga ribuan ringgit.
Apa benda ni @CIMBMalaysia @CIMB_Assists habis la duit aku kalau macam ni tiap hari woi!
Guys. Korang better check korang punya akaun CIMB. Aku dah kena. Keluarkan semua duit korang. Ataupun transfer ke akuan bank lain. Asalkan bukan CIMB. Dasar sotong. Babi. Penat la macam ni. pic.twitter.com/mhycBMe5ob
— Kim Mohito (@kimmohito) April 3, 2020
https://twitter.com/meisjoseph/status/1245998219479240705?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1245998219479240705&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.thevocket.com%2Fada-yang-cecah-rm11000-netizen-bengang-duit-dalam-akaun-cimb-ditolak-tanpa-sedar-secara-berjemaah%2F
Owh wow! Akaun bank CIMB dah tak selamat gais. Baik aku tutup banking online ni. Scammer/Hacker terus buat Direct Debit tanpa pengetahuan kita.
Maybank belum begini lg. https://t.co/aMyQB3RwjM— Kah!! Hau!! (@Kah11Hau11) April 3, 2020
Perkara itu sekaligus menimbulkan kemarahan netizen dengan mendakwa wang mereka telah dicuri oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Malah, rata-rata netizen turut mempersoalkan keselamatan akaun mereka berikutan apa yang berlaku.
Lebih berang apabila rata-rata pengguna mengatakan mereka gagal gagal menghubungi pusat panggilan cimb bagi mengajukan pertanyaan. Susulan itu, mereka kemudiannya memilih untuk membuat pertanyaan menerusi media sosial.
Pihak CIMB menerusi Twitter kemudiannya tampil menjawab aduan dan pertanyaan tersebut.
Menurut mereka transaksi tersebut adalah sah manakala penggunaan ayat direct debit itu merujuk kepada transaksi kad debit di luar negara atau langganan/ pembelian dalam talian seperti di Spotify atau Netflix.
Hai, transaksi 'Direct Debit' merujuk kepada transaksi kad Debit untuk merchant/kedai di luar negara dan pembelian dalam talian atau langganan seperti Spotify atau Netflix. Transaksi tersebut adalah transaksi yang sah.(1/2)
— CIMBMalaysia (@CIMBMalaysia) April 3, 2020
Bagaimanapun, meskipun pihak CIMB sudah pun menjawab persoalan netizen, namun ada di antara mereka tidak berpuasa hati kerana mereka juga ‘terkena’ walaupun tidak melanggan apa-apa servis.
kalau direct debit knpa ramai yg kena padahal takdak langgan apa2 pon mohon perjelaskan
— NW ♔ (@syettttty) April 3, 2020
Apa pun diharap CIMB dapat tampil memberikan penjelasan lebih lanjut berkenaan isu ini memandangkan begitu ramai pengguna yang terjejas dan mengalami situasi yang hampir sama.