Berselipar Dalam Rumah, Adakah Ini Jenama Selipar Yang Dipakai Annuar Musa?

0
57333

Sejak semalam hangat diperkatakan di laman Twitter mengenai selipar rumah yang dipakai oleh ahli politik Tan Sri Annuar Musa di dalam rumah ketika menerima kunjungan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Menerusi foto tular itu, Annuar Musa dilihat mengenakan selipar berwarna hitam jenama mewah Louis Vuitton sambil memegang cucu kembarnya. Menerusi perkongsian itu, Annuar Musa turut mengucapkan terima kasih kepada Hadi Awang di atas tahnik cucunya.

Seperti biasa, netizen dengan pantas melakukan ‘siasatan’ menyemak harga selipar tersebut. Berdasar perkongsian netizen harga selipar tersebut mencecah RM4,650.

Sedang sibuk menyiasat harga selipar yang dipakai oleh Annuar Musa, seorang netizen turut ‘menyiasat’ harga barangan peribadi yang lain. Apa yang menjadi perhatian adalah jam tangan yang dipakai oleh ahli politik itu yang ternyata mengejutkan ramai.

Difahamkan, jam tangan itu berjenama Richard Mille dan hasil semakan netizen jam berharga lebih RM1.2 juta.

Tidak cukup setakat itu, netizen turut menyemak harga buaian yang terdapat di dalam rumah Tan Sri Annuar Musa yang dikatakan mencecah sehingga RM12,000.

 

Apa pun itu hanyalah harga yang disemak oleh netizen dan tidak dapat dipastikan sama ada ianya harga yang tepat atau tidak.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂