Bersih Beri Amaran Akan Turun Ke Jalan Jika Parlimen Tidak Dibubarkan

Susulan kemelut melanda politik negara, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) memberi amaran akan mengadakan perhimpunan aman bersih sekiranya parlimen tidak dibubarkan dalam masa terdekat.

Pengerusinya, Thomas Fann membuat gesaan itu serta menentang kerajaan yang ditubuhkan melalui ‘pintu belakang’. Menurutnya, pembentukan sebarang kerajaan daripada hasil pintu belakang sama sekali tidak dapat diterima.

Beliau turut menggesa ahli parlimen yang memenangi pilihan raya atas nama Pakatan Harapan namun telah pun menukar sekutu digesa meletakkan jawatan serta-merta kerana mereka tidak lagi mempunyai mandat rakyat.

Hari ini, kesemua ahli parlimen dititahkan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi melalui proses temu bual secara persendirian bersama baginda.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂

SUMBER: Bernama

Leave a Reply