Bolehkah Malaysia Claim ‘Telur Pontianak’, Menu Simple Yang Viral Teruk Di Indonesia?

Sebut sahaja menu nasi putih, kicap bersama telur mata pasti ianya sememangnya hidangan kegemaran ramai. Bukan sahaja sedap, malah mudah untuk disediakan.

Kalau ikutkan menu ini sering menjadi pilihan setiap kali lapar di waktu malam. Memang cukup menyelerakan. Tapi pasti ramai tidak sangka menu simple ini rupanya sangat istimewa bagi penduduk di sekitar Pontianak, Indonesia.

Bermula dengan video review dikongsikan oleh YouTuber Indonesia, Nex Carlos, Restoran Ayong 999 yang terletak di Pontianak, Kalimantan Barat ini tular dan ramai yang datang kerana mahu menikmati nasi telur goreng kicap atau Nasi Telur Pontianak.

Difahamkan, restoran ini telah dibuka sejak 25 tahun lalu iaitu pada tahun 1996. Bagaimanapun, restoran tersebut mula popular sejak 2 tahun lalu selepas menu menu nasi telur goreng kicap berharga 6,000 rupiah (RM1.70) menjadi perhatian ramai.

Rata-rata pelanggan yang datang untuk mencuba menu tersebut pasti akan bertanyakan apa yang istimewanya tentang menu tersebut. Rupanya keistimewaan menu tersebut terletak pada kicap yang telah diolah oleh pemilik restoran berkenaan.

Malah, portal Indonesia Masak Apa Hari Ini turut dikongsikan resepi kicap tersebut yang sangat mudah. Siapa yang mahu mencuba bolehlah ikuti resepi Nasi Telur Pontianak yang dikongsikan ini.

Bahan-bahan yang diperlukan:

– Telur (digoreng style telur mata kerbau)

– Nasi (mengikut saiz hidangan anda)

– 6 ulas bawang putih (dikisar kasar)

– 2 sudu makan kicap masin (mengikut kemahuan)

– 6 sudu makan kicap manis

– 1/4 sudu teh Lada sulah (secukup rasa)

– Minyak

Cara-cara membuat kicap bawang putih:

– Kisarkan bawang putih. Kemudian, panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang putih sehingga menjadi perang-keperangan. Angkat bawang putih lalu asingkan ke dalam mangkuk.

– Dalam mangkuk yang sama, masukkan bahan seperti kicap masin, kicap manis dan lada sulah mengikut sukatan. Gaulkan kesemua bahan sehingga rata dan ketepikan.

Cara-cara hidangan:

Panaskan sisa minyak goreng bawang putih dan gorengkan sebiji telur mata. Apabila telur hampir masak, tuangkan satu sudu makan kicap bawang putih ke atas telur.

Biarkan telur masak seketika bersama kicap. Kemudian siap dan enak dimakan bersama nasi panas.

SUMBER: The Vocket