‘Bos Besar’ Turun Padang Jumpa Pelajar Tular Ambil Slip SPM Pakai Baju Shell

Umum mengetahui semalam keputusan Sijul Pelajaran Malaysia (SPM) telah pun diumumkan. Namun, apa yang menjadi perhatian adalah tular mengenai seorang remaja dikenali sebagai Amir menaiki pentas untuk mengambil keputusan SPM dengan memakai baju Shell.

Semuanya bermula dengan gurauan di Twitter bahawa dia akan memakai baju syarikat minyak tersebut ketika mengambil keputusan SPM sekiranya mendapat lebih 6,000 retweet.

Perkongsiannya itu mendapat perhatian daripada ‘bos besar Shell’ yang mahu berjumpa dengan remaja tersebut. Malah, menerusi perkongsian Amir di Twitter, pengurusnya berpesan agar dia turut membawa kedua ibu bapanya untuk berjumpa dengan ‘bos besar Shell’.

https://twitter.com/amirfufu/status/1235516380822175746?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1235516380822175746&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.thevocket.com%2Fbig-boss-turun-padang-jumpa-pelajar-tular-ambil-keputusan-spm-pakai-baju-shell%2F

Menerusi Instagram, ‘bos besar Shell’ yang merupakan Pengarah Urusan Shell Malaysia, Shairan Huzani Hussain turut memuat naik gambar pertemuan mereka.

Bukan itu sahaja, remaja tersebut turut diberikan hadiah berupa beg dan jam tangan G-Shock. Malah turut diberi peluang untuk mengetahui tentang pengajian berkaitan syarikat Shell.

Pengajian itu adalah untuk kumpulan kedua yang dihantar majikannya dan akan mengambil masa selama tiga tahun.

Difahamkan, selain Amir, ‘bos besar Shell’ juga sempat berjumpa dengan beberapa orang pekerjanya yang turut mendapatkan keputusan SPM mereka semalam.

Leave a Reply