Buktikan Cinta Pada Isteri, Lelaki Ini Beli Sebidang Tanah Di Bulan

Jangan terkejut jika sebenarnya kata-kata “I love you from the moon and back” kini bukan hanya ucapan kosong sahaja. Seorang lelaki bernama Sohaib Ahmad dari Pakistan dikatakan telah membeli sebidang tanah sebagai hadiah kepada isterinya.

Demi membuktikan cintanya pada isteri, Sohaib membeli tanah seluas satu ekar dibulan dengan harga $45 (RM186) melalui Lunar Settlement Initiative (LSI) sebagai hadiah perkahwinan kepada isterinya, Madiha.

Pasti ramai tertanya-tanya adakah benar lelaki berusia 23 tahun itu boleh membeli tanah di bulan. Benar, anda sebenarnya boleh membeli tanah di bulan.

Melalui satu sijil rasmi yang dikeluarkan oleh The Lunar Registry yang mempunyai sebuah pejabat di New York, Amerika Syarikat, nama Sohaib Ahmed tertera di sijil tersebut.

Menerusi laman web rasmi Lunar Settlement Initiative, tanah di bulan hanya ditawarkan kepada individu atau syarikat bagi membiayai eksplorasi di sana. Selain itu, pemilik juga berhak untuk tinggal di sana setelah berjaya memiliki tanah tersebut.

Dalam pada itu, Sohaib dan Madiha dilaporkan telah berjaya mendapatkan semua dokumen yang dikeluarkan Sea of Vapor Society termasuk Tuntutan dan Akta Berdaftar untuk Harta Lunar.

Untuk pengetahuan anda, selain Sohaib beberapa selebriti ternama Bollywood seperti Shah Rukh Khan turut mempunyai nama yang didaftarkan untuk sebidang tanah di bulan.

SUMBER: Bol News