Bunuh Isteri Hamil Dan Anak Empat Tahun, Lelaki Ini Dihukum Mati

Sebaik kami terjumpa berita ini, tak tergambar betapa ngerinya situasi yang dialami oleh isteri dan juga anak perempuan suspek yang baru berusia 4 tahun.

BACA: Ini Kronologi Kenapa Suspek Sanggup Bunuh Kawan Baik & Potong Tangan Mangsa

Melalui portal Mediacorp, kejadian yang berlaku di Singapura ini berlaku pada tahun 2017 di sebuah flat yang terletak di Woodlands dan pada Khamis lalu, suspek (Teo Ghim Heng) telah dijatuhkan hukuman mati setelah didapati bersalah.

Kami kongsikan kronologi atau pun turutan kejadian berlaku. Semoga apa terjadi menjadi pengajaran buat kita semua.

Cekik Isteri Sebelum Anak

Dia mencekik leher isterinya yang berusia 39 tahun dengan menggunakan tuala selepas mereka bertengkar mengenai isu wang. Isterinya dikatakan menghina Teo di hadapan anak perempuannya, memanggilnya seorang suami dan bapa tidak guna. Teo bertindak mencekik leher isterinya dengan tuala sebelum akhirnya menggunakan tangannya.

Ketika kejadian itu berlaku, anak perempuan mereka sedang bermain dan menonton televisyen di dalam bilik. Setelah membunuh isterinya, Teo memutuskan untuk membunuh anak perempuannya dan dirinya sendiri supaya “keluarganya dapat bersatu kembali” dalam kematian.

Motif Pembunuhan

Sebelum ini, Teo merupakan seorang ejen hartanah cemerlang yang mampu meraih pendapatan sekitar S$20,000 sebulan. Namun segalanya berubah apabila industri hartanah mengalami peralihan dan dia mengalami masalah kewangan.

Dia turut dibebani hutang daripada perjudian, bil kad kredit dan yuran persekolahan anak perempuannya yang tidak dapat dibayarnya dan kerap menangguhkannya.

<>
Pihak pendakwaan berhujah bahawa Teo berbohong kepada polis dan pakar psikiatri bagi menyokong pembelaan bagi tanggungjawab yang dikurangkan, yang mana seorang tertuduh mengalami keadaan minda tidak normal yang secara ketara menjejas tanggungjawab mentalnya menyebabkan kematian itu.

Peguam bela yang diketuai oleh Encik Eugene Thuraisingam meminta mahkamah agar Teo disabit kesalahan membunuh yang boleh disalahkan yang tidak setara dengan pembunuhan, dengan berkata bahawa Teo mengalami gangguan kemurungan utama dan melakukan tindakan itu selepas satu provokasi.

Teo meminta untuk dibicarakan bagi dua tuduhan membunuh. Tuduhan ketiga kerana menyebabkan kematian janin dalam kandungan isterinya ditarik balik selepas sabitan pada Khamis.

Peguam Teo – Encik Eugene Thuraisingam, Encik Suang Wijaya dan Encik Johannes Hadi – akan mengemukakan rayuan terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan.

Sumber: Mediacorp