Burger King Tawar Promosi 2 Set Hidangan Hanya RM14 Sahaja!

1
17686
Popeyes' spicy chicken sandwich is the only thing in the fast food business that's hotter than Burger King's Impossible Whopper. And that's great news for Restaurant Brands, which owns both chains.

Sempena Hari Kekasih, Burger King menawarkan promosi istimewa untuk pasangan yang bercinta.

Memandangkan sekarang ‘tengah bulan’, pasti ramai yang runsing memikirkan ke mana mahu membawa pasangan sempena hari kekasih. Jangan bimbang, Burger King menawarkan promosi istimewa untuk pasangan yang bercinta.

Menariknya, Burger King menawarkan 2 set hidangan hanya RM14 sahaja. Terdapat 4 set hidangan berbeza untuk anda nikmati, bukan biasa-biasa ni!

4 hidangan tersebut iaitu Chick’n n Crips & Long Chicken, Whopper & Whopper Jr., Tendergrill & Cheeseburger , Mushroom Swiss Single & Chick’n n Crips. Kesemuanya turut disertakan bersama 2 kentang goreng dan 2 minuman.

Promosi istimewa ini sudah pun mula ditawarkan pada 10 Februari sehingga 16 Februari ini. Perlu diingatkan, promosi ini ditawarkan di semua cawangan Burger King kecuali di Medini Mall, Sunway Lagoon, Johor Premium Outlets, Genting Premium Outlets, Mitsui Outlets Park dan cawangan Lapangan Terbang.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂