Cantik & Moden Betul Rekaan Rumah DBKL RM100 Sebulan

0
31715

Umum mengetahui Januari tahun lalu, Datuk Bandar Kuala Lumpur mengumumkan berita gembira buat golongan bujang berpendapatan rendah di mana mereka bakal menikmati kadar sewa bilik serendah RM100 sebulan menerusi skim ‘micro-housing’.

Malah, pada Ogos tahun lalu pendaftaran untuk permohonan rumah tersebut sudah pun dibuka kepada umum.

Difahamkan, sebanyak 323 permohonan akan dibuka dan akan dibahagikan kepada dua fasa iaitu sebanyak 188 pada fasa pertama iaitu pada tahun ini manakala 135 bagi fasa kedua pada tahun 2020.

Menerusi Facebook, DBKL sendiri memaklumkan pihak mereka sudah pun menerima kemasukan penghuni sejak Oktober 2019 yang lalu.

Harga sewa RM100 sebulan itu turut termasuk penggunaan elektrik dan air. Malah turut disediakan pelbagai kemudahan termasuk katil dan almari.

Meskipun harga sewanya sangat murah, namun jangan disangka rumah yang disediakan hanya ala kadar sahaja. Apa yang pasti, rekaan projek perumahan bandar tersebut cukup cantik dan selesa untuk penghuninya.

Malah, rekaannya yang moden dan segar sangat kena dengan mereka yang berjiwa muda. Kemudahan yang disediakan pun lengkap dengan ruang legar, surau, tandas dan bilik mandi, ruang makan, dan macam-macam lagi.

Mereka yang berminat boleh membuat permohonan secara dalam talian di http://eperumahan.dbkl.gov.my/erumah.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂