COVID-19: Tak Perlu Hentikan Solat Jumaat, Hanya Pendekkan Khutbah

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memaklumkan buat masa ini penularan virus COVID-19 di negara ini masih terkawal tidak perlu menghentikan solat Jumaat.

Menurut Dr Zulkifli solat yang diwajibkan kepada lelaki Muslim itu hendaklah diteruskan dengan beberapa perubahan dilakukan, antaranya memendekkan khutbah Jumaat bagi mengurangkan masa berkumpul.

Selain itu, jemaah digalakkan mengambil wuduk di rumah terlebih dahulu sebelum ke masjid.

Ujarnya lagi, mereka yang mengalami gejala COVID-19 tidak perlu hadir solat Jumaat kerana termasuk dalam golongan orang yang sakit.

Dalam pada itu, pihak pengurusan masjid dinasihatkan untuk menyediakan ‘hand sanitizer’ (cecair pembasmi kuman) dan topeng muka kepada jemaah sebagai langkah pencegahan.

Sementara itu, sekiranya keadaan menjadi tidak terkawal maka solat Jumaat tidak boleh dilakukan tetapi diganti dengan solat Zohor di rumah sahaja.

Bagaimanapun,  hal itu hanya boleh dilakukan selepas memenuhi beberapa syarat iaitu larangan berkenaan status wabak dikeluarkan oleh pihak berautoriti seperti Kementerian Kesihatan.

 

Leave a Reply