COVID-19: Tiada Kematian Dicatat Hari Ini, Hanya 36 Kes Baru

Dalam satu sidang media oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebentar tadi, tiada kematian akibat jangkitan Covid-19 dicatatkan hari ini dengan hanya 36 kes baru direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kes kematian akibat jangkitan wabak berkenaan dalam negara ketika ini masih kekal 89 kes.

Menurut Dr Noor Hisham, sebanyak 36 kes dilaporkan hari ini merupakan yang terendah setakat ini sekaligus mencatatkan 5,425 kes keseluruhan dalam negara.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 45 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 28 pesakit menggunakan bantuan alat pernafasan.

Beliau berkata lagi, bilangan pesakit yang telah sembuh terus meningkat dan hari ini seramai 98 orang telah sembuh menjadikan 3,295 pesakit telah sembuh dan discaj hospital.

Leave a Reply