David Beckham Kata Christiano Ronaldo Belum Hebat Macam Messi

Perdebatan siapa paling hebat di antara Christiano Ronaldo dan Messi memang tak pernah habis, lagi-lagi bila ditanya soalan panas ini diajukan buat peminat tegar mereka.

BACA: Cristiano Ronaldo Bilionair Pertama Bola Sepak Tapi…

Namun lain pula cerita bagi pemain bintang lagenda iaitu David Beckham yang mempunyai pendapatnya sendiri mengenai kehebatan kedua-dua pemain boleh dihormati dunia ini.

“Messi ada kelas tersendiri. Mustahil ada pemain lain sepertinya. Ronaldo tidak sama level dengan Messi, tapi mereka lebih hebat berbanding orang lain,” memetik reaksinya seperti dilaporkan oleh Sport Bible.

Tapi ini pendapat Beckham-lah. Kalau tanya pendapat masing-masing, mesti jawapan lain-lain. Tapi legasi dan pengaruh Ronaldo jauh lebih hebat dari Beckham, bukan? Setuju atau tidak? Jadi anda team Ronaldo atau Messi?