Baru-baru ini, bekas anggota kumpulan nasyid UNIC, Wan Najdi dan isterinya berdepan detik cemas apabila anak mereka baru berusia dua minggu jatuh ke lantai.
Menyesal di atas apa yang berlaku dan menyalahkan diri sendiri, Najdi berkata kejadian berlaku sekelip mata dalam masa hanya kira-kira dua minit.
Menurut Najdi, ketika itu dia meninggalkan anak keempatnya di atas meja makan selepas menukarkan baju bayinya itu. Najdi berkata dia kemudian membiarkan anak di atas meja untuk naik ke atas untuk menukar baju.
Ketika menyarung baju tiba-tiba dia terdengar suara anaknya menangis. Sebaik sahaja turun ke bawah dia mendapati anaknya itu rupanya sudah jatuh dari meja.
“Saya orang terakhir yang pegang. Kesilapan datang daripada saya. Lepas kejadian saya dan isteri hanya mampu berdoa dan menangis. Masing-masing salahkan diri,” katanya.
Selepas kejadian itu, Najdi segera membawa anaknya ke Hospital Kajang untuk mendapatkan rawatan. Hasil pemeriksaan tiada pendarahan dalam kepala.
“Malam Selasa doktor pakar buat ultrasound untuk periksa kalau ada pendarahan dalam kepada. Alhamdulillah, tiada tapi kena monitor 24 jam.
“Setakat sekarang ni okay, tapi apabila baby bangun tidur dia akan terkejut sikit. Ada kesan bengkak di kepala bahagian kiri,” katanya.
Berkongsi cerita punca kejadian pada pagi sebelum solat sunat Haari Raya Aidiladha itu, Najdi berkata anak keduanya menarik kain lampin yang digunakan untuk membalut bayi.
“Saya bukan nak salahkan sesiapa, cuma saya kesal benda ni jadi. Rupanya anak saya nombor dua tarik napkin dia. Napkin dia tu saya guna balut baby. Anak saya ni ada autisme sikit dan memang tak boleh nak salahkan dia, jadi salah diri sendiri,” katanya.
Dalam pada itu, sejak kejadian tersebut Najdi berkata dia dan isteri tidak lagi menggunakan meja makan sebagai tempat untuk menguruskan bayi mereka.
“Isteri saya gunakan meja makan untuk jadikan tempat tukar lampin dan baju, lepas tukat baju baru letak di katil. Sebelum ni saya pun pernah tegur jangan tukar baju baby atas meja takut tertinggal,” katanya.
SUMBER: mStar Online