Didapati Kotor & Tak Selamat, Anuar Kari Kepala Ikan ‘Bawah Pokok’ Diarah Tutup

0
37117

Jika sebelum ini hangat diperkatakan mengenai sebuah restoran nasi kandar terkenal di Pulau Pinang diarah tutup apabila menemui najis dan air kencing tikus di sekitar premis berkenaan, kali ini giliran Restoran Anuar Kari Kepala Ikan di Bangsar pula.

Premis makanan yang menyediakan menu popular kari kepala ikan di Lorong Ara Kiri 3, Lucky Garden diarah tutup selama 14 hari oleh Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula semalam.

https://twitter.com/501Awani/status/1227123682272665600?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1227123682272665600&ref_url=https%3A%2F%2Famazingnara.com%2Frestoran-anuar-kari-kepala-ikan-bangsar-diarah-tutup-selepas-didapati-kotor-dan-tidak-selamat%2F

Notis perintah penutupan premis itu susulan beroperasi dalam keadaan kotor dan tidak disucikan keadaan premis sehingga mungkin mendatangkan bahaya kepada kesihatan pengunjung.

Premis tersebut telah diberi tempoh selama 14 hari bermula semalam (10 Februari 2020) sehingga 24 Februari ini untuk melakukan kerja-kerja pembersihan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂