Dihina Masak Pau Hangus, Wanita Buat Laporan Polis

Pasti ramai tahu sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ramai yang berjinak-jinak mencuba masakan baru. Dek kerana ramai yang berkongsikan masakan yang tidak jadi, wujudlah grup baru di Facebook yang diberi nama Masak Apa Tak Jadi Hari Ini.

Baru sahaja ditubuhkan pada 14 April lalu, setakat ini grup tersebut sudah mengumpulkan sebanyak 1.5 juta ahli. Boleh dikatakan grup Facebook ini menjadi bahan hiburan netizen sepanjang PKP.

Bagaimanapun, salah seorang ahli grup tersebut dikatakan telah membuat laporan polis berikutan masakan pau hangusnya didakwa menerima komen yang tiada kena mengena dengan masakannya.

 

Difahamkan, komen yang dilemparkan sangat melampau berdasarkan pada laporan polis yang dibuat. Menerusi laporan itu, pengadu mengatakan rata-rata netizen melemparkan kata-kata kesat dan hinaan terhadapnya.

“Dah macam pau kau kena ramas ramai-ramai. Deje

“Try hard nak jadi bodo. Batak like, Ni nampak tua. Tak lawa. Dah lanjut menggelebeh”

“Bab1 aku kukus jagung letak dalam bekas plastik tak hangus la makcik”

Dalam pada itu, pengadu juga mengatakan tujuan dia membuat laporan polis adalah untuk meminta netizen yang meninggalkan komen melampau untuk memohon maaf secara terbuka.

Kalau ikutkan grup tersebut hanya untuk hiburan semata-mata, tapi tak pasal-pasal sampai jadi isu besar. Apa pun, sebelum memberikan apa-apa komen lebih baik berfikir terlebih dahulu, bimbang ada yang terasa hati.

SUMBER: Facebook Chef Amer

Leave a Reply