Dijangka 6,000 Kes Positif COVID-19 Pertengahan April?

Berdasarkan nota penyelidikan oleh JP Morgan, kadar jangkitan COVID-19 di Malaysia akan mencapai kemuncak pada pertengahan April depan dimana mungkin berlaku peningkatan kira-kira 6,000 kes.

Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berharap positif Covid-19 tidak mencapai 6,000 kes seperti dinyatakan oleh agensi kajian dan pihak mereka akan cuba sebaik mungkin untuk tidak mencapai sasaran seperti yang dijangkakan berlaku.

Ia berikutan langkah kerajaan melaksanakan aktiviti awam termasuklah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 14 April ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya berharap langkah tersebut dapat mengurangkan kes positif dan tidak mencapai 6,000 kes.

Terdahulu, JP Morgan menyatakan kebimbangan mengenai wabak itu yang memasuki peringkat peningkatan di Malaysia berdasarkan jumlah jangkitan yang meningkat baru-baru ini.

JP Morgan yakin fasa itu akan merosot dalam tempoh 1.5 hingga dua minggu sebelum peringkat akumulasi, apabila kadar pertumbuhan jangkitan secara keseluruhan mempunyai potensi untuk perlahan kepada 100 hingga 250 hari demi hari.

Nisbah kadar kematian di Malaysia juga rendah pada 0.77 berbanding purata di peringkat global sebanyak 4.4 peratus, katanya, sambil menambah di peringkat ini, dilihat risiko kematian di negara ini dapat diuruskan dengan perkembangan kes yang sederhana.

Sehingga kini wabak COVID-19 di Malaysia telah meragut 23 nyawa dan 2,031 kes positif dilaporkan.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂

SUMBER: Harian Metro

Leave a Reply