Dituduh ‘Gila’ Kuasa Punca Tun Mahathir Letak Jawatan

Isnin lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat keputusan mengejut dengan meletakkan jawatannya sebagai perdana menteri sekaligus menggemparkan negara yang ketika itu berdepan kemelut politik.

Bagaimanapun, segala persoalan terjawab apabila sebentar tadi Tun M yang kini merupakan Perdana Menteri Interim mendedahkan punca beliau meletakkan jawatan secara mengejut.

Menurutnya, peletakan jawatan itu berpunca daripada tuduhan pihak tertentu yang mendakwa beliau sebagai ‘gilakan’ kuasa.

“Ada banyak sebab mengapa saya meletak jawatan tetapi cukuplah saya katakan bahawa saya merasa kononnya mendapat sokongan dari semua pihak sehingga saya tidak dapat memilih pihak mana yang saya pilih.

“Selain itu, terdapat juga tuduhan bahawa saya tidak berniat untuk melepas jawatan dan gila kuasa.

“Maka saya letak jawatan kerana saya tidak melihat kuasa dan jawatan itu sebagai “be all and end all” adalah matlamat saya. Bagi saya kuasa dan kedudukan itu adalah “a means to an end” ataupun satu alat untuk mencapai objektif,” katanya.

Dalam pada itu, Tun M turut mengakui beliau meletakkan jawatan disebabkan oleh UMNO. Malah, kenyataannya ini sekaligus menguatkan lagi dakwaan bahawa Mahathir enggan bekerjasama dengan UMNO.

“Saya sanggup terima ahli UMNO yang keluar UMNO dan menyertai parti lain. Tetapi UMNO akan sertai Kerajaan campuran ini sebagai Parti UMNO. Ini tidak dapat diterima oleh saya. Maka terpaksalah saya letak jawatan.” Kata bekas Perdana Menteri ke-7.

Dalam pada itu, Tun M menyalahkan politik, orang politik dan parti politik yang terlalu mengutamakan hal politi sehingga lupa mengenai ekonomi Malaysia dan masalah kesihatan yang sedang mengancam negara.

“Saya berpendapat betul atau tidak, politik dan parti politik perlu diketepikan buat masa sekarang. Jika dibenar saya akan cuba adakan pemerintahan yang tidak memihak kepada mana-mana parti. Hanya kepentingan negara sahaja yang akan diutamakan.” Kata Mahathir kepada umum.

“Jika diizin inilah yang akan saya cuba. Saya berdoa dan saya pohon kepada Allah SWT saya diberi petunjuk dalam usaha ini.” Katanya mengakhiri sidang media tadi.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂

Leave a Reply