Doktor Palsu Berkhidmat Di 16 Hospital Ini Hanya Lulus Darjah Lima

Siapa sangka selepas empat tahun menyamar sebagai doktor dan telah berkhidmat di 16 buah hospital, penipuan seorang lelaki India bernama Veeragandham Teja, akhirnya terbongkar.

Lebih mengejutkan, pegawai polis di Rachakonda mengatakan Veeragandham Teja hanya belajar setakat darjah lima dan tidak pernah mendapat pendidikan dalam bidang perubatan.

Malah, dia juga telah memimpin kem perubatan dan menjadi sukarelawan ketika penularanan wabak pandemik COVID-19.

Bagaimanapun, penipuannya itu terbongkar selepas isteri keduanya membuat laporan polis dan mendakwa didera secara mental serta fizikal oleh Teja. Polis kemudian melakukan siasatan lanjut sebelum satu demi satu penipuan Teja terbongkar.

Siasatan mendapati Teja telah memalsukan ijazah bidang perubatan dan beberapa sijil kedoktoran miliknya. Malah, Teja pernah mengikuti kelas perubatan asas untuk mengelak daripada statusnya diketahui.

Bagaimanapun sepanjang bergelar doktor palsu, Teja tidak pernah mendatangkan masalah kepada pihak atasan dan turut dikenali sebagai seorang doktor yang berdedikasi.

SUMBER: India Express