Domino’s Malaysia Tawar Pekerjaan Ketika PKP, Cari Penghantar & Pembuat Piza

Sudah lebih sebulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), boleh dikatakan ramai yang terjejas dari segi ekonomi. Malah, antara yang paling terjejas sumber pendapatan adalah mereka yang bekerja sendiri atau bergantung pada gaji hari.

Nampaknya, ini tentunya berita baik buat mereka yang hilang pekerjaan ataupun buat mereka yang mahu menjana pendapatan dimana Domino’s Pizza Malaysia menawarkan pekerjaan sebagai penghantar dan pembuat piza.

Menerusi Facebook, Domino’s berkata pihaknya memerlukan pekerja kontrak untuk pelbagai cawangan restoran mereka. Menariknya, gaji ditawarkan RM7-RM15 sejam dan dibayar gaji hari secara tunai.

Malah, pekerja juga akan diberikan makanan percuma. Bagaimanapun, untuk penghantar Pizza perlu memiliki lesen serta motosikal mereka sendiri dengan insurans dan cukai jalan yang sah.

Pekerjaan tersebut ditawarkan secara kontrak bermula 28 April sehingga 12 Mei depan. Bagaimanapun, peluang ini terbuka kepada mereka yang berada di negeri yang disenaraikan di atas.

Mereka yang berminat boleh membuat permohonan http://bit.ly/DOMCH (Cawangan di Semenanjung Malaysia) dan http://bit.ly/SABAHCH (Cawangan di negeri Sabah).

SUMBER GAMBAR: Gainsinfo

Leave a Reply