Dr Dzulkefly Sedia Bantu Kerajaan Tangani COVID-19 Tanpa Bayaran

Bekas Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad berkata beliau bersedia untuk berkhidmat demi rakyat bagi membantu kerajaan menangani penularan wabak COVID-19 yang melanda negara.

Memetik laporan Sinar Harian, Dr Dzulkefly mendedahkan, wakil Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin pernah bertemu dengannya sebelum ini serta meminta bantuan mengenai perkara itu.

Dalam pada itu, Dr Dzulkefly berkata tidak kisah untuk memberi bantuan kepada kerajaan tanpa sebarang bayaran.

“Demi rakyat, saya sedia membantu tetapi saya mahu melihat syarat terlebih dahulu supaya boleh bertindak bukan sebagai menteri tetapi sebagai penasihat bersama dengan pasukan saya yang sangat berkelayakan.

“Saya sedia untuk berkhidmat dalam apa jua kapasiti, tetapi bukan sebagai menteri,” katanya.

Terdahulu, Dr Dzulkefly dilantik oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari sebagai ketua pasukan petugas bagi menangani Covid-19 di negeri itu.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂

Leave a Reply