Dulu Percuma Tapi Nanti Kena Kena Caj RM35 Untuk RFID

Seperti diketahui, sejak Touch ‘n Go RFID diperkenalkan pada Ogos 2018, tiada bayaran dikenakan bagi pemasangan pelekat Teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) pada kereta.

Bagaimanapun, bermula 15 Februari ini pemasangan RFID akan dikenakan bayaran sebanyak RM35 berbanding percuma melalui program perintis awam seperti yang ditawarkan sekarang.

Perkara itu diumumkan oleh Touch ‘N Go yang bakal meluaskan penggunaan RFID di semua laluan-laluan tol termasuklah di laluan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berkuatkuasa 1 April depan.

Bukan itu sahaja, sistem RFID itu juga turut akan diperluaskan dalam pengisian petrol, parkir, jualan runcit pandu-lalu dan banyak lagi.

Difahamkan, setaka ini sebanyak 1 juta RFID sudah berjaya didaftarkan sepanjang tempoh 18 bulan pelaksanaan perintis dijalankan. Siapa yang belum memiliki sistem RFID, sempat lagi nak dapatkan secara percuma sebelum 15 Februari ini.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂

Leave a Reply