Gaji Jemaah Menteri Dipotong 2 Bulan Untuk Tabung COVID-19

Dalam satu kenyataan oleh Pejabat Perdana Menteri hari ini, Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri telah bersetuju untuk memotong dua bulan gaji mereka bagi membantu rakyat Malaysia yang terkesan akibat wabak COVID-19.

Perkara itu telah pun diputuskan dalam Mesyuarat Kabinet semalam dimana gaji jemaah kabinet itu akan disalurkan kepada Tabung COVID-19.

Untuk pengetahuan anda, Tabung COVID-19 telah pun dilancarkan pada 11 Mac lalu dan setakat ini berjaya mengumpul sebanyak RM8,493,103.48 termasuk geran kerajaan.

Dalam pada itu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bersama 10 Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Pahang bersetuju memotong 10 peratus gaji selama tiga bulan bermula April ini.

Difahamkan potongan gaji itu akan disumbangkan sepenuhnya kepada Tabung COVID-19 Pahang yang dilancarkan Kerajaan Pahang.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂

Leave a Reply