Nampaknya ganja bukan lagi tersenarai sebagai dadah merbahaya apabila Suruhanjaya Narkotik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bersetuju dengan cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk keluarkan dari senarai tersebut.
Memetik laporan UN News, bagaimanapun PBB masih mengekalkan undang-undang dengan melarang penggunaan ganja untuk tujuan harian.
Ambassador Khan @ambmansoorkhan, @CND_tweets Chair, opens the 63rd reconvened session – starting with the voting on @WHO scheduling recommendations on cannabis and cannabis-related substances @UNODC @UN_Vienna. Webcast: https://t.co/KMteoWuPpF pic.twitter.com/HOdQvhcZ8X
— UN Commission on Narcotic Drugs (@CND_tweets) December 2, 2020
Melalui undian tersebut, dengan perbezaan tipis 27-25, Amerika Syarikat dan United Kingdom antara yang menyokong keputusan itu, sementara Rusia, China, Pakistan dan Nigeria antara negara yang menentang cadangan itu.
Keputusan itu sekaligus dapat mendorong kajian ilmiah mengenai penggunaan ganja dalam bidang perubatan serta mendorong lebih banyak negara untuk meningkatkan akses ubat-ubatan berasaskan ganja.
Sehingga kini lebih 50 negara mengiktiraf ganja sebagai tanaman perubatan dan negara Kanada, Uruguay serta 15 negeri di Amerika Syarikat menghalalkan ganja untuk kegunaan harian.
SUMBER: UN News