Kebiasaannya pasangan kekasih akan memilih pusat beli-belah untuk keluar dating dan lelaki yang akan berbelanja lebih sedikit untuk memenuhi kehendak teman wanita yang craving nak makan itu ini.
Meskipun harga makanan di pusat beli-belah agak mahal, namun lelaki biasanya tidak kisah untuk membelanjakan wang untuk yang tersayang.
Tapi yang selalu menjadi masalah, perempuan selalu nak makan itu ini tetapi tak pernah menghabiskan makan dan akhirnya lelaki yang akan menjadi mangsa terpaksa menghabiskannya.
Baru-baru ini, seorang gadis berkongsikan video dimana dia keluar dating di restoran mahal bersama teman lelakinya.
Namun makanan yang dipesan tidak habis dan hanya membiarkan sisa makanan kerana sudah kenyang. Melihatkan pembaziran tersebut, teman lelakinya menghantar mesej kekecewaan sebelum berlalu pergi.
Gadis tersebut kemudian membalas mesej tersebut dengan ucapan maaf dan berjanji itu adalah yang terakhir kerana jika dia boleh muntah jika dipaksa untuk menghabiskan makanan ketika itu.
Perkongsian video di aplikasi TikTok itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut bersetuju dengan tindakan teman lelakinya itu untuk memberikan pengajaran.
Kata netizen lagi, kaum wanita tidak sepatutnya memandang ringan dengan perkara tersebut memandangkan teman lelaki yang bersusah payah keluar duit.
Tidak kurang juga ada yang memberi cadangan boleh sahaja bungkus untuk dibawa pulang makanan tersebut jika tidak mampu untuk dihabiskan.
SUMBER: Tiktok