“Gelombang Ketiga COVID-19 Seperti Tsunami Jika Rakyat Tidak Kisah”

Susulan peningkatan kes COVID-19 yang kini ditahap membimbangkan, semua rakyat Malaysia digesa agar mengambil serius Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa dalam usaha kerajaan mencegah penyebaran baharu penyakit Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah turut menggesa masyarakat membantu Kementerian Kesihatan dengan memainkan peranan masing-masing bagi mengelakkan penularan wabak berkenaan.

Menerusi video yang dimuat naik di Facebook, beliau berkata Malaysia mungkin akan berdepan bahaya lebih besar jika masyarakat mengambil sikap sambil lewa.

“Kita mungkin menghadapi gelombang ketiga virus ini yang seterusnya akan menjadi lebih besar seperti tsunami lebih-lebih lagi jika kita mempunyai sikap tidak kisah,” katanya.

Dr Noor Hisham turut berpesan kepada orang ramai, “Duduk di rumah dan jangan keluar”.

Isnin lalu, kerajaan mengambil langkah drastik dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan dari 18 hingga 31 Mac ini di seluruh negara untuk mencegah penularan baharu wabak Covid-19 yang dibimbangkan akan menjangkiti lebih ramai orang.

Setakat ini sebanyak 790 kes dicatatkan di Malaysia dengan dua kematian pertama semalam akibat wabak membawa maut itu.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂

Leave a Reply