Hampir 2 Juta Wanita 30 Tahun Ke Atas Di Selangor & Johor Masih Bujang

Apabila usia mencecah 30 tahun pasti ianya merupakan tekanan hebat buat kaum wanita yang belum lagi berkahwin apatah lagi dalam masyarakat Melayu mereka ini pasti akan digelar anak dara tua ataupun andartu.

Namun, dalam masyarakat sekarang kahwin lambat bukanlah satu perkara baru lebih-lebih lagi dengan tekanan pekerjaan dan ekonomi membuatkan ramai wanita berusia 30 tahun ke atas masih lagi bujang.

Namun, perkara itu kini dilihat semakin membimbangkan apabila berdasarkan rekod bancian, hampir 2 juta wanita berusia 30 tahun ke atas di Selangor dan Johor masih belum berkahwin.

Memetik laporan Sinar Harian, Selangor merekodkan jumlah tertinggi wanita bujang apabila angkanya melebih 1,014,327 orang, diikuti wanita bujang di Johor seramai 636,537 orang.

Jumlah tersebut jauh mengatasi kaum lelaki berusia 30 tahun ke atas masih bujang di Selangor iaitu hanya 148,803 orang manakala di Johor 104,416 orang.

Bagaimanapun, laporan itu tidak menjelaskan apakah punca golongan wanita memilih untuk berkahwin lambat dan masih bergelar bujang meskipun usia sudah melebihi 30 tahun.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂

Leave a Reply