Hanya Kerana Minta RM1 Untuk Beli Barang, Isteri Maut Ditikam Suami

Seorang lelaki di Mesir tergamak menikam isteri yang baru dikahwininya 20 hari sehingga maut hanya kerana 1 Dirham (RM1.14).

Memetik laporan Gulf News, lelaki tersebut ditahanpihak polis menerima laporan penemuan mayat wanita yang berlumuran darah di sebuah apartmen.  Hasil siasatan polis, suami wanita tersebut bertindak menikam mangsa beberapa kali.

Siasatan lanjut mendapati mangsa merupakan remaja bawah umur yang dipaksa untuk berkahwin oleh ibunya selepas bapanya meninggal dunia.

Sumber memberitahu, pasangan itu bertengkar selepas mangsa meminta sebanyak 1 Dirham (RM1.14) untuk membeli keperluan asas.

Bagaimanapun, suaminya enggan memberikan duit dan ketika pertengkaran berlaku lelaki itu mengambil pisau di dapur lalu menikam isterinya.

Difahamkan, selain suaminya, ibu mangsa juga ditahan kerana memaksa anaknya berkahwin dibawah umur.

SUMBER: Gulfnews