Hanya RM2.40, Adakah Ini Pen Yang Digunakan Muhyiddin Tandatangan Surat Perlantikan PM?

0
47476
KUALA LUMPUR, 1 Mac -- Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin menandatangani surat cara pelantikan dihadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Perdana Menteri kelapan pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di Istana Negara hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kemelut politik negara akhirnya selesai apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan di hadapn Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam.

Setelah membaca ikrar angkat sumpah jawatan di hadapan Agong, TS Muhyiddin kemudian menandatangani Surat Pelantikan dan Sumpah Simpan Rahsia sambil disaksikan Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Hakim Negara.

Namun apa yang menjadi perhatian ramai adalah pen yang digunakan oleh TS Muhyiddin semasa menandatangani dokumen berkenaan.

Menariknya, PM ke-8 ini hanya menggunakan pen ‘mampu milik’ sahaja dan sering digunakan oleh pelajar. Dapat dilihat pen yang digunakan oleh beliau adalah Artline 210 Medium 0.6mm Fineliner.

Pen ini sememangnya sering digunakan untuk tandatangan, melukis dan menulis. Harga pasaran pen ini hanya RM2.40 sahaja. Selain hitam, pen ini boleh didapati dalam warna biru, hijau dan merah.

Namun menerusi hasil pemerhatian, Shopee juga turut menjual pen tersebut pada harga RM2.40 namun setelah ditolak diskaun, ianya berharga RM1.60 sahaja.

Wanikiter
Wanikiter

Bukan sahaja digunakan oleh Muhyiddin, malah pen itu juga turut gunakakan oleh bekas Perdana Menteri ke-4 dan ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad. Mungkin pen tersebut sering digunakan untuk menadatangani dokumen-dokumen penting.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂