Harga RON95 Turun Mendadak, Hanya RM1.44 Seliter

Beberapa minggu lalu negara dikejutkan dengan penurunan harga petrol sebanyak 19 sen, nampaknya minggu ini penurunan lebih mendadak apabila harga petrol RON95 turun sebanyak 38 sen daripada RM1.82 kepada RM1.44 seliter.

Manakala RON97 turun 36 sen daripada RM2.10 kepada RM1.74 seliter dan diesel juga turun 12 sen berkuat kuasa tengah malam ini iaitu 21 Mac hingga 27 Mac ini.

Kementerian Kewangan berkata penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Penurunan harga runcit produk petroleum ini adalah disebabkan trend harga minyak mentah dunia yang terus menurun ekoran ketidaktentuan ekonomi global akibat wabak COVID-19.

Dalam pada itu, Kementerian Kewangan berkata pihak kerajaan akan terus memantau harga minyak mentah dunia serta memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara terutamanya golongan B40.

Leave a Reply