Hidap Penyakit Aneh, Wanita Ini Akan Pengsan Bila Tengok Lelaki Kacak

Seorang wanita berasal dari Northwich, Cheshire ini menjadi perhatian ramai kerana mempunyai penyakit yang aneh.

Mana tidaknya, wanita bernama Kristy Brown ini boleh pengsan gara-gara melihat lelaki kacak yang lalu di hadapannya.

Kedengaran agak lucu namun menurut wanita berusia 32 tahun itu lagi, dia mengalami penyakit Cataplexy dimana apabila emosinya kuat, ototnya akan menjadi lumpuh secara tiba-tiba.

Malah, jika mendengar bunyi bising atau ketawa yang kuat, dia akan mengalami tekanan emosi, seterusnya jatuh pengsan.

“Jika saya melihat seseorang yang menarik, kaki saya bergerak jadi saya cuba untuk tidak meletakkan diri saya dalam situasi di mana perkara itu boleh berlaku, atau saya cuba untuk mengawasi keselamatan saya sendiri,” katanya dipetik Daily Mail.

Kristy ketika di usia muda

Disebabkan penyakitnya itu, ibu kepada dua orang anak ini terpaksa menundukkan kepalanya ketika berada di tempat awam bagi mengelakkan daripada mencederakan dirinya akibat lututnya yang lemah.

Katanya lagi, dia juga mengalami kesukaran untuk tidur dan apabila dia penat, penyakitnya semakin kerap berlaku. Ototnya juga akan kejang apabila terlalu marah, gembira dan ketakutan.

Katanya, penyakit Cataplexy itu berlaku selepas dia mengalami kecederaan pada kepala akibat terkena lemparan batu ketika berusia sembilan tahun.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.