Individu Dedah Kerja Gila Domino’s Bersaing Dengan Pizza Hut

Sebut saja pizza pasti dua jenama ini iaitu Domino’s dan Pizza Hut sering menjadi pilihan ramai. Malah, kedua-duanya mudah untuk didapati apatah lagi cawangannya di mana-mana sahaja.

Baru-baru ini, perkongsian seorang individu di laman Twitter menjadi perhatian mengenai kedua-dua jenama pizza itu serta mengatakan ramai yang akan memilih Pizza Hut kerana lebih sedap.

Namun, apa yang pelik Domino’s yang memegang pasaran pizza seluruh dunia sedangkan kedai makanan segera itu tidak menarik dan pizza dikatakan rasa kertas pasir.

Pasti ramai yang tertanya-tanya mengenai perkara ini. Individu dikenali sebagai Azmil Azali itu mendedahkan mengenai kerja gila Domino’s untuk bersaing dengan Pizza Hut.

Menurutnya, Domino’s tidak peduli tentang hiasan dan suasana kedai, namun Domino’s melihat ada satu perkara Pizza Hut tidak pernah buat iaitu penghantaran.

Terus melangkah ke hadapan, Domino’s memperkenalkan penghantaran pizza ke rumah. Bukan itu saja, Domino’s turut berjanji akan menghantar pizza ke rumah dalam masa 30 minit sahaja.

Malah, jika Domino’s lambat penghantaran seperti dijanjikan pelanggan akan mendapat diskaun dalam bentuk kupon.

Buat pelanggan pula, sudah pasti ianya satu revolusi apatah lagi mereka hanya perlu duduk dan telefon untuk menempah pizza serta menantikan makanan mereka sampai dalam masa 30 minit.

 

Susulan taktik ‘gila’ Domino’s itu, Pizza Hut mula hilang pelanggan dan mula cuba untuk melawan Domino’s dari segi pengantaran.

Bagaimanapun, Pizza Hut banyak kali gagal untuk pastikan penghantaran tiba dalam waktu yang cepat. Lebih teruk, sehingga mengambil masa lebih 40 minit untuk menghantar pizza ke rumah pelanggan.

Sedar tidak mampu melawan Domino’s, Pizza Hut muncul dengan kerja gila dengan memperkenalkan tempahan secara online dimana ianya pertama kali di dunia.

Dengan tempahan secara atas talian, pelanggan hanya perlu duduk di depan komputer, tekan dan tunggu pizza sampai ke rumah.

Namun, ramai yang ketawakan taktik Pizza Hut ini kerana ketika itu hanya golongan kaya sahaja yang mempunyai komputer dan internet. Tertanya, taktik Pizza Hut itu menjadi sekaligus menewaskan Domino’s. 

Seperti sudah dijangka, kemenangan itu tidak bertahan lama apabila Domino’s tampil dengan strategi lebih gila. Mereka turut perkenalkan tembahan secara online tetap dengan penghantaran pantas 15 sehingga 20 minit.

Bukan itu saja, Domino’s turut perkenalkan boleh membuat tempahan secara online dan self pickup di kedai. Dengan taktik tersebut sekaligus membuatkan pelanggan mula kembali kepada Domino’s.

Sampai satu tahap Pizza Hut sudah tidak mampu berlawan dengan Domino’s, apa yang mereka lakukan adalah memastikan pizza mereka lebih tebal. 

SUMBER: Twitter Azmil azali