Indonesia ‘Claim’ PM Ke-8 Sebenarnya Berasal Dari Riau & Berketurunan Bugis

Kalau ikutkan banyak persamaan antara Malaysia dengan negara jiran kita iaitu Indonesia dari segi makanan dan juga bahasa. Tetapi apa yang sering menjadi isu adalah trend ‘claim’ yang sering dilakukan oleh rakyat Indonesia.

Ahad lalu, kemelut politik negara berakhir jua apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8.

Namun, lain pula isu yang timbul apabila media Indonesia mendakwa Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebenarnya berasal dari Indonesia. Selepas perlantikan sebagai PM, media Indonesia membuat ‘kajian’ mengenai asal usul Tan Sri Muhyiddin.

Beberapa media Indonesia iaitu Sindonews, Fajar dan Tribun News melaporkan bahawa Muhyiddin sebenarnya pemimpin yang berasal dari Indonesia.

Laporan itu juga memberitahu sebelah bapa Muhyiddin berasal dari Siak, Riau dan keturunan Bugis, sementara ibunya pula berasal dari keturunan jawa sekaligus menjadikan Muhyiddin sebenarnya berasal dari Indonesia.

Nampaknya, baru beberapa hari Muhyiddin Yassin dilantik sebagai PM Indonesia dah buat tuntutan awal bahawa PM ke-8 adalah hak mereka.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂

One comment

  1. Buat Berita xpayah buat fitnah la , kami org Indonesia sendiri xprnah peduli pasal ngara kami no , kamu Jak mnyebok pasal ngara kami , nazib pun klau xmngaku ktueunan Indonesia kami xkan prnah Tau sbb kami xbz body , mcm melayu ni dah pemalas bodh lg

Leave a Reply