Ini Bakal Terjadi Di Jalanraya Malaysia Kalau Ditimpa Salji

Siapa masa kecil teringin sangat main salji dan menyimpan hasrat sampai ke besar untuk main salji? Semuanya nampak seronok bukan kalau dapat main salji?

BACA: Mat Saleh Ini Buat ‘Burger Sampah’ Sendiri, Kagum Dengan Burger Jalanan Malaysia

Tapi percaya atau tidak, salji merupakan salah satu musim yang mungkin membuatkan kita perlu berbelanja lebih.

Air boleh jadi beku, kena beli pakaian panas baru dan mungkin juga perlu beli tayar kenderaan baru yang sesuai dengan keadaan jalan yang licin.

Cakap pasal kenderaan ini, kami ada jumpa salah satu video kejadian yang berlaku di luar negara apabila tibanya musim salji.

Nak gelak pun rasa bersalah, tapi itulah yang terjadi apabila beberapa kenderaan hilang kawalan apabila berada di atas jalanraya yang licin.

Paling best bila part kereta polis dan juga lori penyodok salji. Kedatangan mereka pada mulanya dilihat mampu menolong tapi lain pula yang terjadi.

Bermula dari bas dan bagaikan tidak berkesudahan, rata-rata netizen di luar negara yang menonton video berkenaan turut menyatakan bahawa perkara tersebut turut terjadi di tempat mereka.

Apa pun, tidak mustahil kejadian sebegini turut berlaku di negara kita, ditambah lagi dengan keadaan jalan yang teruk, macam-macam kecelakaan mampu terjadi.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.