Ini Cara 30 Bomoh Indonesia Serang Israel Hantar 1 Juta Jin & Roket Ghaib

Insiden yang berlaku di bumi Palestin ternyata memberi tamparan hebat buat seluruh umat Islam apatah lagi di saat sedang menyambut kemeriahan Aidilfitri.

Di saat satu dunia memberi perhatian terhadap isu Palestin dan Israel, tular video dikongsikan oleh seorang YouTuber yang dianggap lucu dan tidak terjangkau dek akal.

Menerusi perkongsian Kang Ujang Busthomi Cirebon, dia berkongsi cerita sokongan ‘luar biasa’ dilakukan oleh bomoh di Indonesia dalam membantu Palestin melawan Israel.

Untuk pengetahuan anda, Kang Ujang Busthomi atau lebih dikenali sebagai Ustaz HM Ujang Busthomi merupakan seorang pendakwah bebas yang terkenal di Indonesia.

Difahamkan, baru-baru ini dia ada berkunjung ke salah satu kawasan di Indonesia untuk menyaksikan ritual para bomoh menghantar sihir dan roket ghaib ke Israel.

Kata Kang Ujang, dia menerima undangan daripada sekumpulan bomoh terbabit untuk melihat ritual berkenaan.

Ketika YouTuber ini bertanya apakah yang sedang dilakukan oleh mereka, wakil bomoh terbabit menyatakan bahawa mereka mewakili bomoh nusantara mahu membantu negara Palestin.

Kata bomoh itu lagi, mereka akan menyerang secara ghaib dan sihir tersebut mengambil masa 2 hari untuk sampai ke Israel. Tambahnya lagi, para bomoh juga turut menghantar jin untuk menjaga Palestin daripada dibedil bom rejim Israel.

Video tersebut turut tular dilaman Twitter dan rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur dengan aksi bomoh-bomoh berkenaan. Video tersebut telah mendapat sebanyak 600,000 tontonan sejak dimuat naik di YouTube.