Ini Hadiah Yang Diminta Dr Noor Hisham Sempena Hari Jadinya Esok

Meskipun hari lahir Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah jatuh pada esok, bagaimanapun sejak semalam lagi tular apabila rata-rata rakyat Malaysia awal-awal lagi sudah memberikan ucapan hari lahir kepada beliau.

Dalam satu ucapan ringkas selepas sidang media harian COVID-19 petang tadi, Dr Noor Hisham mahukan hadiah istimewa daripada rakyat Malaysia sempena hari jadinya iaitu menyeru rakyat Malaysia untuk kekal duduk di rumah.

Menurut Dr Noor Hisham, permintaan itu merupakan hadiah paling istimewa untuk dirinya jika rakyat Malaysia kekal duduk dirumah.

“Sempena hari jadi saya esok, iaitu 21 April, hadiah paling istimewa untuk saya ialah kalau boleh rakyat Malaysia, kekal duduk di rumah dan amalkan kebersihan yang tinggi,” katanya.

Bakal menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-57 tahun, Dr Noor Hisham yang juga seorang pakar bedah dilahirkan 21 April, 1963 di Sepang, Selangor.

SUMBER: Bernama

Leave a Reply