Ini Kisah Atlet Judo Israel Di Olimpik Yang 2 Kali Diboikot Lawannya & Tak Menang Pingat

Gara-gara bertemu dengan lawan yang memperjuangkan tanah Palestin, atlet Judo dari Israel, Tohar Butbul gagal meraih pingat di Olimpik 2020.

BACA: Habis Hancur Katil Kadbod Disediakan Di Sukan Olimpik Oleh Atlet Israel

Untuk pengetahuan anda, lawan Tohar iaitu Fetih Nourine dari Alegeria dan Mohamed Abdalrasool dari Sudan menolak terus untuk berlawan dengannya pada pusingan pertama dan pada pusingan kedua.

Kedua-dua lawannya itu yang bergama Islam menyatakan pendirian mereka yang bersolidariti untuk Palestine dan selain tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara.

Nourine sebelum ini pernah berbuat perkara yang sama iaitu menarik diri daripada melawan Tohar pada Kejuaraan Dunia Judo 2019 yang lalu.

Sementara Abdalrasool pula terus tidak hadir bagi mengelak untuk berlawan dengan atlet dari Israel tersebut. Namun pasukan Israel tersebut menerima berita bahawa Abdalrasool mengalami kecederaan bahu.

“Perkara seperti ini kadang-kadang berlaku di judo, jadi ia bukanlah sesuatu yang aneh bagi saya. Saya hanya perlu tunggu, tetap fokus dan menunggu peluang pertama,” jelas Tohar dalam satu kenyataan yang dipetik dari portal berita AP.

Berikutan daripada penolakan daripada 2 pihak lawan tersebut, Tohar hanya menduduki tempat ketujuh. Walaupun akhirnya berjaya bertemu lawan, namun impiannya untuk memenangi pingat di Olimpik Tokyo terus padam. Boleh tahan koyak dia kena.

“Saya ke Olimpik Tokyo semata-mata untuk meraih pingat, dan sangat sukar bagi saya untuk menerima kenyataan bahawa saya tak capai sasaran.” kata Tohar.

Begitulah rakan-rakan kisah atlet Israel ini. Kalau diikutkan, keputusan 2 peserta lawan untuk menarik diri sebenarnya adalah satu keputusan sukar lagi-lagi apabila masing-masing datang dengan niat untuk mendapatkan pingat untuk negara tercinta.

Semoga bumi Palestin kembali bersinar dan jangan pernah lupa sokongan kepada tempat istimewa ini.

Sumber: AP