Setiap ibu bapa yang baru menimang cahaya mata pasti gembira apatah lagi selepas 9 bulan menantikan kelahiran mereka.
Sebagai bapa, mereka sepatutnya menjadi pelindung kepada anak-anak namun lain yang terjadi dalam kes baru-baru ini apabila bayi berusia 3 bulan maut dipukul bapanya. Malah, video bayi tidak berdosa itu dipukul oleh bapa durjana itu turut tular di media sosial.
Laporan media memberitahu bayi 3 bulan itu dipukul sehingga mati oleh bapanya yang ketika itu sedang menumbuk ibu bayi berkenaan namun mengalihkan kemarahannya itu kepada si kecil yang tidak berdosa itu.
Lelaki berkenaan, Mustafa Gafar didakwa memukul anak perempuannya, Elif Ada Topcu, sehingga mati di pangsapuri tingkat empat mereka di daerah Serik di bandar Antalya di Turki pada 14 November.
Ibu bayi berkenaan iaitu Beyza Nur Topcu berkata dia bertengkar dengan Gafar mengenai hal duit, namun lelaki berkenaan bertindak memukulnya. Pertengkaran yang berlaku itu mengejutkan bayi mereka yang terkejut kemudian menangis.
Gafar yang mendengar tangisan anak perempuannya didakwa memukulnya di muka dan kepala bayi berkenaan.
Selepas dikerjakan suaminya, Beyza melihat keadaan anaknya apabila mengalami kesan lebam dan terus membawanya ke hospital.
Setibanya di hospital, doktor memberitahu anaknya itu perlu berjumpa pakar neurologi, namun terpaksa terpaksa menunggu sehingga keesokan harinya kerana tiada pakar neurologi yang boleh memeriksa bayi berkenaan pada lewat malam.
Bagaimanapun, keesokan paginya Beyza mendapati anaknya itu tiada tindak balas dan berbuih di mulut.
Beyza menghubungi ibunya yang kemudian menghubungi perkhidmatan kecemasan dan mengesahkan bahawa Elif telah meninggal dunia. Beyza yang kecewa pergi ke balai polis dan membuat laporan terhadap suaminya Gafar.
Gafar telah ditahan dan disiasat berhubung insiden itu Bagaimanapun, buat masa ini tidak dapat dipastikan sama ada suspek telah didakwa.
SUMBER: Ananova News