Ini Punca Ibu Sanggup Melutut Pada Anak Umur 9 Tahun

Tanggungjawab sebagai ibu bapa bukan perkara mudah lebih-lebih lagi dalam membesarkan anak-anak. Lebih penting peranan ibu bapa dalam membentuk peribadi anak-anak.

Tidak dinafikan setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak, namun jika mengikut kehendak mereka sepanjang masa mungkin boleh beri kesan buruk.

Seperti foto tular baru-baru ini, si ibu sanggup melutut pada anak usia 9 tahun. Lebih mengejutkan punca si ibu berbuat demikian sangat tidak masuk akal.

Difahamkan, si ibu melutut untuk memujuk anak lelakinya itu hadir ke sekolah. Kejadian berlaku di sekolah di Guangzhou itu memaparkan si anak sedang seronok bermain permainan video di telefon pintar dan tidak mengendahkan ibunya langsung.

Si ibu dikatakan cuba memujuk untuk masuk ke kelas sehingga sanggup melutut serta merayu pada anaknya selama satu jam.

Difahamkan, si bapa juga turut memujuk namun tidak berhasil apabila si anak sanggup membiarkan sahaja ibu bapanya.

Lebih teruk, si anak turut mengambil foto ibunya sedang melutut serta memuat naik di media sosial dengan kapsyen,’Happy every day’.

Bagaimanapun, rakan-rakan sekelas anaknya yang melihat kejadian itu tidak mampu lagi melihat si ibu melutut tampil membantu wanita itu untuk bangun.

Tidak dinafikan tanggungjawab ibu bapa bukan mudah. Mungkin ramai yang menyalahkan ibu bapa tersebut yang mungkin terlalu manjakan atau mengikut kehendak anaknya, namun mungkin ada kisah yang kita tidak tahu.

SUMBER: Hype