Siapa sangka haya kerana sering dimarahi ibu mertuanya, seorang wanita di Desa Lebung Itam, Indonesia bertindak meracuni ibu mertua sehingga meninggal dunia.
Memetik laporan Tribun News, wanita berusia 45 tahun itu tidak tahan kerana sering dimarahi hingga nekad mencampurkan racun biawak ke dalam ikan yang dimasak khas untuk ibu metuanya yang berusia 61 tahun.
Lebih mengejutkan bukan ibu mertuanya sahaja turut menemui ajal, malah tiga ekor kucing milik ibu mertuanya ditemui mati dengan mulut berbuih.
Wanita itu dikatakan tinggal bersama ibu mertuanya dan mereka sering bergaduh. Ketika ditahan oleh pihak polis, wanita itu mengakui dia yang melakukan jenayah terbabit.
Suspek bakal berdepan hukuman penjara 20 tahun atau hukuman mati seperti yang diperuntukkan di dalam artikel 340 KUHP bagi pembunuhan yang dirancang.
Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram