Instagram KKM Diserang Netizen Indonesia Kerana Salah Faham Kes Import COVID-19

Sejak tengah hari tadi, akaun Instagram Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diserang netizen Indonesia berikutan berlaku salah faham mengenai kenyataan kes import COVID-ini yang dikeluarkan oleh KKM sebelum ini.

Menerusi satu kenyataan sebelum ini, Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu 70 peratus kes import COVID-19 di Malaysia adalah berasal dari Indonesia.

Menerusi data KKM itu, seramai 139 rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara disahkan positif COVID-19 dimana 99 rakyat Malaysia baru pulang dari Indonesia.

Bagaimanapun, kenyataan itu disalah erti oleh netizen Indonesia yang beranggapan KKM mengeluarkan kenyataan bahawa 70 peratus kes keseluruhan COVID-19 berasal daripada negara mereka sedangkan ia merujuk kepada kes import.

Malah, hasil tinjauan mendapati sehingga kini di ruangan komen Instagram masih dihujani komen kecaman daripada netizen Indonesia.

Tidak hanya berdiam diri, rata-rata netizen kita tampil menjelaskan maksud sebenar perkara tersebut kepada netizen Indonesia yang dilihat tersalah faham mengenai perkara itu.

Apa pun diharap rakyat Indonesia dapat memahami penjelasan daripada beberapa netizen kita berhubung isu itu bahawa ianya merujuk kepada kes import dan bukan kes di seluruh Malaysia.

Leave a Reply