Israel Angkuh, Tolak Gencatan Senjata Dengan Palestin

0
3378

Semalam, genap hari kelapan rejim Zionis menceroboh dan menyerang bumi Palestin ketika umat Islam di seluruh dunia sedang menyambut kemeriahan Aidilfitri.

Bagaimanapun, Israel tetap angkuh dan menolak gencatan senjata dengan Palestin. Kenyataan itu dibuat oleh seorang pegawai kanan Israel berkata, Tel Aviv tidak komited untuk melaksanakan gencatan senjata.

“Tiada rundingan, tiada cadangan, tiada apa-apa di atas meja,” katanya.

Tambahnya lagi, orang tengah yang paling dipercayai untuk rundingan dengan pejuang Hamas adalah Mesir.

Mesir yang berkongsi sempadan dengan Gaza sebelum ini pernah menjadi orang tengah bagi gencatan senjata antara Israel dengan Hamas.

Dalam pada itu, pegawai itu berkata lagi tindakan keras ke atas Gaza tidak akan berakhir dalam masa terdekat.

“Kami akan terus menyerang mungkin untuk berbulan-bulan,” katanya.

Dianggarkan, 212 penduduk Palestin di Gaza terkorban termasuk 61 kanak-kanak, 36 wanita dan lebih 1,500 cedera sejak lebih seminggu lalu.

SUMBER: Sinar Harian