Kerajaan Israel telah mengarahkan agensi perisikan asingnya, Mossad, untuk membantu membeli kit ujian COVID-19 dari negara lain yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara mereka. Malah, mereka turut meminta bantuan dari negara Arab dan Muslim.
Memetik laporan Sindo News, Israel kini berdepan krisis kekurangan peralatan perubatan bagi menangani wabak COVID-19. Oleh sebab itu, kedutaan Israel dan Mossad diarahkan untuk mendapatkan peralatan perubatan dari negara luar termasuk negara Islam.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dilaporankan telah meminta bantuan Mossad untuk menggunakan kepakaran mereka yang mempunyai hubungan luas di seluruh dunia untuk mendapatkan bekalan perubatan.
Para pengintip turut melaporkan Zionis mula mendekati negara-negara Arab dan Muslim yang mempunyai bekalan perubatan yang banyak, tetapi itu akan menjadi masalah kerana Israel tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara-negara tersebut.
Dalam satu laporan terdahulu, Mossad dikatakan berjaya membeli 100,000 kit ujian yang tiba di Israel pada Khamis lalu. Walau bagaimanapun, tindakan Mossad itu dikatakan hanya sia-sia kerana itu bukan apa yang diharapkan oleh kerajaan.
Ini kerana Kementerian Kesihatan Israel mahukan tabung ujian yang boleh mengumpulkan sampel pesakit COVID-19 dalam jumlah yang banyak.
Bagaimanapun, pejabat Netanyahu tetap mempertahankan tindakan Mossad dengan mengatakan bahawa bekalan perubatan yang telah dibeli akan digunakan untuk tujuan lain.
Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂
seperti biasa, pemimpin muslim akan bertolak ansur.