Isteri Tak Sempat Senggama Dengan 2 Lelaki Sekaligus, Rumah Diserbu Penduduk

Hancur hati seorang suami apabila mengetahui isterinya yang berlaku curang dengan dua lelaki sekaligus. Berita mengenai wanita itu yang ditangkap bersama dua lelaki itu hangat diperkatakan di media sosial Indonesia.

Menerusi perkongsian di Instagram @penajamterkini_net, kegiatan wanita dikenali sebagai SD berusia 48 tahun itu terbongkar apabila penduduk menyerbu rumahnya di Sungai Nilo, Desa Nilo Dingin, Indonesia pada Isnin lalu.

Wanita itu dilaporkan berada di dalam rumah bersama dua lelaki bernama PN berusia 46 dan seorang lagi bernama YD berusia 62 tahun yang disyaki mempunyai hubungan sulit dengannya.

Ketua Polis Lembah Masurai, IPTU Sitepu melalui Unit Siasatan Jenayah AIPDA Adi Arianyo menjelaskan, ketiga-tiga pelaku belum sempat melakukan hubungan intim ketika rumah tersebut diserbu.

“Hal ini berdasarkan kenyataan para pelaku ketika siasatan polis dijalankan. Ketiga-tiga mereka mengakui bahawa mereka baru sahaja hendak melakukan hubungan intim namun diserbu penduduk setempat.

“Adi kemudiannya menjelaskan bahawa serbuan itu tidak dilakukan dengan melampaui batas,” jelasnya.

Difahamkan, ketiga mereka ditahan secara baik dan polis turut menyelongkar rumah berkenaan atas laporan suami SD yang bernama HM.

Menurut suaminya, dia yang melaporkan perkara itu kepada pihak polis dan mengatakan dirinya merupakan mangsa dalam kes kecurangan tersebut.

“Ketika itu, HM yang merupakan suami sah SD sedang tidak berada di rumah. Dia hanya tiba selepas dihubungi penduduk yang melakukan serbuan itu. Dia (suami) sendiri yang melaporkan perkara itu kepada pihak polis,” jelasnya.

Hasil soal siasat, ketiga-tiga pelaku pernah menjalinkan hubungan intim. Wanita itu mengaku menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain kerana sudah tidak bernafsu terhadap suaminya lagi.

Lebih mengejutkan, wanita itu mengakui sudah menjalin hubungan sulit bersama PN selama lebih 3 tahun sejak dari tahun 2016 lagi dan telah melakukan hubungan intim sebanyak 11 kali.

SUMBER: SiakapKeli