Kajian Buktikan Rakyat Sarawak Paling Romantik, Kelantan & Putrajaya Di Tangga Akhir

Setiap daripada kita berhak memilih pasangan hidup mereka masing-masing. Melihatkan rakyat Malaysia yang hidup berbilang kaum, bangsa, budaya dan adat, tidak dinafikan ada juga yang memilih pasangan mengikut kenegerian.

Tetapi jika anda ingin mencari pasangan yang romantik, syarikat e-dagang, picodi.com dari Poland telah mengeluarkan satu analisis melibatkan 44 negara termasuk Malaysia dan selepas melihat data yang dikeluarkan oleh Google, rakyat Sarawak merupakan yang paling romantik.

Memetik laporan Borneo Post, berdasarkan kajian tersebut, Sarawak, Johor dan Sabah dipilih sebagai negeri dengan orang yang romantis. Senarai itu diambil kira berdasarkan seoalan mengenai hari kekasih yang bakal tiba tidak lama lagi.

Kajian itu turut mendedahkan Putrajaya, Kelantan dan Terengganu menduduki tangga akhir sebagai rakyat paling kurang romantik.

“Di negeri-negeri ini, pertanyaan berkaitan dengan Hari Valentine direkodkan di tahap tertinggi. Ternyata Sarawak, yang terkenal dengan khazanah semula jadi yang indah dan kepelbagaian menambah romantik sebagai satu lagi ciri khas.”

Kaji sedilik ini berdasarkan perbandingan populariti kata kunci dalam tempoh Januari-Februari 2019 yang diambil dari data yang diarkibkan Google.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂

Leave a Reply